Selasa, 26 Ogos 2014

'AYAM USTAZ' di halaman nasional akhbar Sinar Harian


Menjawab desas-desus, gosip,fitnah dan spekulasi yang tidak benar melalui media sosial baru-baru ini.

Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujianMu Ya Allah.

Walaupun diberi ujian fitnah dan kecaman di atas usaha membudayakan Al-Qur'an dalam ternakan ayam, rezeki tetap berjalan seperti biasa malah lebih lagi... Ada hikmah yang besar disebalik semua ini..

Allah ingin menunjukkan bahawasanya walaupun Malaysia digelar negara Islam tetapi hakikatnya mentaliti umat Islam masih jauh dari Al-Qur'an.. Hanya kerana dialunkan bacaan Al-Qur'an pada haiwan ternakan yang bakal menjadi makanan dan darah daging .. Telah menyebabkan ramai yang melatah dan memberi komen-komen negatif dan ada juga yang menunjukkan kepandaian (keyboard warrior), walhal hakikatnya menunjukkan kejahilan masing-masing dalam ilmu agama Islam..kalau tidak tahu, tanyalah pada empunya badan, bukan pakat-pakat buat dosa fitnah dan ungkapan yang tidak benar di ruangan media..

Pembacaan/alunan/gelombang/siaran/laungan/suara/bunyi ayat-ayat Al-Qur'an pada haiwan ternakan (untuk dimakan seperti ayam,udang dsb) telah dipraktikkan oleh beberapa pengusaha dan ianya terbukti menghasilkan ternakan yang lebih sihat,segar dan berkualiti. Jadi mengapa masih ada manusia yang menolak akan kebaikan gelombang Al-Qur'an ini?

Malahan air pun tunduk tatkala dibacakan ayat-ayat yang baik, apatah lagi ayat Al-Qur'an. Molekul air lantas menjadi seakan-akan Kristal yang cantik. Ini telah terbukti dari sudut kajian saintifik. Sama juga apabila dibacakan ayat yasin, dan surah-surah pilihan pada air, dan dibuat minum sebagai penyembuh penyakit dan penghalang gangguan makhluk halus. Bukankah itu juga dinamakan gelombang/alunan/bunyi/suara/bacaan Al-Qur'an.

Orang bukan Muslim juga mengkonsumsi Ayam Ustaz ini kerana kebaikan dan kualitinya..Jadi tiada langsung isu dagang atau lariskan jualan menggunakan Al-Qur'an seperti yang digembar-gemburkan.

Masya Allah, Al-Qur'an itu diturunkan sebagai rahmat untuk SEKALIAN ALAM..bukan untuk dipersendakan.

WALLAHU A'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan